Monday, January 16, 2012
::Dulu lain..sekarang lain...::
Khas untuk manusia bernama LELAKI!
Dulu...ketika aku lupa bahawa dunia ini hanya sementara...
>>aku fikirkan keluar berdua denganmu itu tidak dosa kerana berniat untuk mengenali...
>>aku fikir menelefonmu itu tidak berdosa kerana berniat untuk bertanyakan khabar berita
>>aku fikir sms@text kamu itu tidak dosa kerana ingin merapatkan hubungan antara kita
Itu dulu..sekarang...
>>aku tak ingin keluar berdua bukan sahaja denganmu malahan dengan yang lain..kerana semuanya dosa! Jangan tipu dengan berkata kamu tiada rasa bila keluar berdua tanpa ditemani orang lain. Sedangkan bersama orang lain juga kamu boleh ber"zina" hati...aku pernah rasa tamparan itu dan aku tak ingin lagi...
>>aku tak mahu menelefon kamu lagi sehingga betul-betul tiada rasa di hatiku untuk kamu.
>>aku tak akan sms@ text kamu lagi.
Kenapa?
Kerana dalam dunia ini..untuk mencari yang betul-betul sejati ingin menjadikan diri sebagai isteri semuanya PENGECUT! PENAKUT!
Jika kamu berani...
Jumpa ibu bapaku...terangkan hajatmu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment