Wednesday, May 9, 2012

::Tersedar...::

"Jadi, adakah suami saya itu sebenarnya sedang mencontohi Saidina Umar?" soal saya segera, kerana hati saya menjadi sangat lapang mendengarnya.
"Ibu tidak tahu. Tetapi ibu tahu seperkara. Memang benar, Allah tidak memberikan kamu suami yang kaya, yang tinggi sekolahnya, yang kacak rupanya, tetapi Allah kurniakan kamu suami yang taat kepada-Nya dan ikhlas mengasihi kamu. Kerana taat dan ikhlasnya itu, Allah mudahkan dia dengan memudahkan hati kamu lembut dan hilang rajuk. Lembut hati kamu untuk ketawa dan lembut hati kamu untuk kembali ceria. Kamu sangat beruntung, kerana kamu juga mendapat tempiasnya. Ingatlah, keluarga yang gembira bermula dengan isteri yang gembira, dan kamu sudah memperolehnya."

petikan dari:http:dik, abang pun sayang

bila terbaca..terbit air mata...rupanya sangat beruntung diri ini...alhamdulillah..Allah lebih tahu yang terbaik untuk hambanya...

Terima kasih Allah atas kurniaan ini...semoga kurniaan ini tetap denganku sehingga ke akhir hayatku...aminnn

No comments:

Post a Comment