Suatu kisah kehidupan sebagai renungan dan teladan.....
Dia seorang suami bergelar ustaz. Dihormati dan dikenali ramai kerana ketinggian ilmu dan peribadinya. Terlebih lagi kepada isterinya, lelaki bergelar ustaz yang menjadi suaminya itu disanjungi bukan sekadar itu, bahkan kerana dia seorang suami yang amat menghormati dan menyayangi isteri melebihi dirinya sendiri.
Mengapa tidak? Mereka bukan sekadar berkongsi saat bahagia ketika sama-sama cantik dan tampan, sama-sama padan dengan kesihatan dan keupayaan, tetapi mereka turut bersama berkongsi derita yang menimpa isteri tanpa pernah si suami merasa ingin atau perlu mencari seorang lagi suri yang dapat memenuhi kebutuhan fizikalnya.
Sakit yang dihidapi si isteri menjadikan dirinya tidak lagi seperti dulu. Rambutnya yang panjang dan tebal berubah rontok, tubuhnya lemah, kulitnya yang dulu putih bercahaya kini menghitam, terlihat kasar dan cela pada pandangan mata.
Sehingga suatu masa, si isteri koma…suami yang tabah menunggu penuh setia, berdoa dan mengharap isteri tercinta kembali membuka mata.
Dek kondisi si isteri sedemikian rupa, datang beberapa lamaran dari ibu bapa sekampung yang mahu si suami menikahi anak gadis mereka untuk dijadikan isteri kedua, namun semuanya ditolak dengan sopan dan berwibawa.
Suatu ketika, bapa saudara si isteri datang berziarah. Melihat kondisi anak saudaranya yang tidak lagi seperi dulu, meluncur kata-kata dari mulutnya dalam nada bimbang dan gusar :
“ Isterimu…anak saudaraku itu sudah berubah. Pak cik tahu dia sudah tidak mampu menjadi isteri. Kamu sudah pasti mahu bernikah lagi. Tapi, pak cik merayu….jangan pulangkan dia. Kasihanilah anak saudaraku itu….”
Dengan yakin si suami menenangkan :
“Tidak…buat saya, isteri saya itu tidak berubah. Dia tetap yang dulu. Maaf, kalau yang berubah adalah akhlaknya, mungkin saya akan pulangkan kalau tidak berhasil diperingatkan…tapi, kalau yang berubah hanya kulitnya, cinta saya tidak berkurang, malah makin bertambah!”
Sumber: FB Ustazah Noraslina Jusin.
No comments:
Post a Comment