Tuesday, December 13, 2011

::Hatiku...pendamkan semuanya..tiada apa lagi yang tinggal...::

Malam paling sedih dalam hidupku setakat ini...apa sahaja penjelasan tidak diterima....puas aku cuba lelapkan mata...hatiku...fikiranku...celaru..Ya Allah..sekira ini yang telah Engkau takdirkan untukku...ambil lah semula hatiku...gantikan dengan yang baru..kerana aku betul-betul tak mampu..tiada guna aku menipu diriku sendiri walhal disudut hati rasa itu tersebar merata...

Aku tak minta untuk diberikan segala rasa ini..semakin ku tolak semakin datang menghampiri..lalu siapakah aku yang cuma hamba yang hina ini mampu menolak segalanya???

Andai sahaja aku boleh tolak segala rasa ini...pasti kamu bersyukur..andai sahaja aku boleh melawan segala ini...pasti kamu tidak membenciku yang menganggu kehidupan kamu...

Kerana kamu yang telah Allah pilih untukku tebarkan rasa itu...aku terima segalanya...

No comments:

Post a Comment